Pengertian:
Israk - Perjalanan Rasulullah s.a.w dari MasjidilHaram di Mekah ke Masjidil Aqsa. di Palestin
Mikraj-Perjalanan Rasullullah s.a.w dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Sidratul Muntaha(tempat yang lebih tinggi daripada langit ke 7)
Firman Allah Taala maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya(Muhammad)pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kenapa Allah menjalankan Nabi Muhammad?
Tujuan Allah s.w.t membawa Nabi Muhammad berjalan adalah untuk menghiburkan hati baginda yang sangat bersedih kerana pada tahun tersebut Nabi Muhammad saw telah kehilangan dua orang insan yang tersayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah bt Khuailid r.a.
Tahun tersebut juga dikenali sebagai Yaumul Hazan atau Tahun Dukacita
Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra'
Malaikat Jibrail bersama dua malaikat lain membelah dada Nabi Muhammad dan mengeluarkan hati baginda.kemudian membasuhnya dengan air zam-zam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk Isra'dan Mikraj.
Tarikh Isra' dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan 521M ketika Nabi Muhammad s.a.w berumur 52 tahun iaitu 6 bulan sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah
Kenderaan Rasulullah
Rasulullah saw menunggang buraq(kenderaan dari syurga) dan ditemani oleh malaikat Jibrail.
Di Masjidil Aqsa Rasulullah s.a.w menjadi imam solat bersama para Nabi dan Rasul yang terdahulu.
Peristiwa yang berlaku semasa Isra'dan Mikraj | Tafsirannya |
Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka .Kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai | Pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus |
Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu,kemudian,kembali sembuh.Selepas itu mereka memecahkan kepala mereka semula berkali-kali | Orang yang malas solat |
Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka | Orang yang membuat fitnah |
Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu kerana terlalu berat,tetapi menambah lagi kayu yang lain. | Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah la |
Info Menarik
Nabi Muhammad juga tercium bau yang sangat wangi lalu bertanya kepada Malaikat Jibrail a.s,.Bau apakah itu?Jawab Jibrail a.s,itulah haruman dari kubur Mashitah yang terkorban dibunuh Firaun kerana mempertahankan tauhidnya kepada Allah.
Semasa berada di Sidratul Muntaha berhadapan dengan Allah. Rasulullah s.a.w menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.Setelah dinasihati oleh Nabi Musa a.s, baginda merayu kepada Allah s.w.t.supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja yang bersamaan pahala 50 waktu
Kaitan peristiwa Isra' dan Mikraj dangan suasana hari ini
1.Menjauhi amalan fitnah menfitnah
2.Menunaikan amanah
3.Rajin menunaikan solat
4.Sentiasa muhasabah diri
5.Selalu bersedekah dan berderma untuk kebaikan
6.Menyakini bahawa Rasulullah adalah orang yang pertama naik ke langit dan satu-satunya manusia yang yang telah berjumpa dan menghadap Allah secara berdepan.
Soalan Latihan:
Suaikan pernyataan dengan keterangan yang diberi
Isra' Tempat yang dikunjungi oleh Rasulullah saw
Buraq Kenderaan Rasulullah ketika Isra’dan Mikraj
Masjidil Aqsa Perjalanan Rasulullah menuju Sidratul Muntaha
Mikraj Perjalanan Rasulullah menuju ke Baitul Muqqadis
Susun peristiwa Isra' dan Mikraj mengikut urutan
menerima perintah solat bertolak dari Masjidil Haram
Malam Isnin 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan bertolak dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntahabersolat bersama para Nabi dan Rasul
1.______________________________________________
2.______________________________________________
3.______________________________________________
4.______________________________________________

Jawab soalan berikut
1.Nyatakan maksud Isra' dan Mikraj?
_____________________________________
_____________________________________
2.Bilakah berlakunya Isra' dan Mikraj?
____________________________________
____________________________________
3.Terangkan peristiwa penerimaan perintah menunaikan solat?
________________________________________________________________
_________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan
1.Peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku pada bulan_______________
2.Semasa Isra dan Mikraj,Rasulullah ditemani oleh malaikat______________________
3.Sebelum_______________Rasulullah bersolat di Masjidil Aqsa
4.Nabi menerima perintah _____________________ semasa baginda berada di Sidratul Muntaha
5.Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku pada waktu_____________________
Senaraikan tiga pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mikraj
1.______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
SISIPAN MENARIK
TAHUKAH ANDA?
MASJIDIL HARAM DI MEKAH
MASJID AN NABAWI DI MADINAH
MASJIDIL AQSA DI PALESTIN
KELEBIHAN KETIGA-TIGA MASJID DIATAS
Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali
( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari Jabir r ; bahawa Rasul.ullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-
Ertinya :
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).
Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.
KELEBIHAN MASJID QUBA'
Abdullah bin Omar r.a ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.
Usaid bin Zahir r pula meriwaya.atkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
Demikianlah kelebihan yang di beri oleh Allah s.w.t keatas masjid-masjid diatas,mohon kepada Allah
agar kita diberi peluang untuk mengunjungi masjid-masjid tersebut.Amin Ya Rabbal Alamin