1. KEAMPUNAN
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa
yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain ra bersabda
kepada Sayyidatuna Fatimah rha: meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan
saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan
pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis
riwayat al-Hakim)
2. KEBAJIKAN
(Hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban
adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah saw bertanya:
“Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia
adalah sunnah bapa kamu Ibrahim”
Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi
darinya wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu
kebajikan”
Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
3. DARAH QURBAN
Darah binatang qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat
yang mulia di sisi Allah swt.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya
Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih
binatang qurban).
Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat
bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu
sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban
kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)
4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan
ketika meniti Titian Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah
qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan
tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari
kamu.
Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu
mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu
gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.”(al-Hajj : 36-37)
ANCAMAN TERHADAP ORANG YANG MAMPU MELAKUKAN QURBAN
TETAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA.
Daripada Abu Hurairah ra katanya, sabda
Nabi Muhammad saw:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak
melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR
Ahmad dan Ibnu Majah)
Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Renung-renungkanlah
Israk - Perjalanan Rasulullah s.a.w dari MasjidilHaram di Mekah ke Masjidil Aqsa. di Palestin
Mikraj-Perjalanan Rasullullah s.a.w dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Sidratul Muntaha(tempat yang lebih tinggi daripada langit ke 7)
Firman Allah Taala maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya(Muhammad)pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kenapa Allah menjalankan Nabi Muhammad?
Tujuan Allah s.w.t membawa Nabi Muhammad berjalan adalah untuk menghiburkan hati baginda yang sangat bersedih kerana pada tahun tersebut Nabi Muhammad saw telah kehilangan dua orang insan yang tersayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah bt Khuailid r.a.
Tahun tersebut juga dikenali sebagai Yaumul Hazan atau Tahun Dukacita
Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra'
Malaikat Jibrail bersama dua malaikat lain membelah dada Nabi Muhammad dan mengeluarkan hati baginda.kemudian membasuhnya dengan air zam-zam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk Isra'dan Mikraj.
Tarikh Isra' dan Mikraj Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan bersamaan 521M ketika Nabi Muhammad s.a.w berumur 52 tahun iaitu 6 bulan sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah
Kenderaan Rasulullah
Rasulullah saw menunggang buraq(kenderaan dari syurga) dan ditemani oleh malaikat Jibrail.
Di Masjidil Aqsa Rasulullah s.a.w menjadi imam solat bersama para Nabi dan Rasul yang terdahulu.
Peristiwa yang berlaku semasa Isra'dan Mikraj
Tafsirannya
Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka .Kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai
Pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus
Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu,kemudian,kembali sembuh.Selepas itu mereka memecahkan kepala mereka semula berkali-kali
Orang yang malas solat
Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka
Orang yang membuat fitnah
Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu kerana terlalu berat,tetapi menambah lagi kayu yang lain.
Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah la
Info Menarik
Nabi Muhammad juga tercium bau yang sangat wangi lalu bertanya kepada Malaikat Jibrail a.s,.Bau apakah itu?Jawab Jibrail a.s,itulah haruman dari kubur Mashitah yang terkorban dibunuh Firaun kerana mempertahankan tauhidnya kepada Allah.
Semasa berada di Sidratul Muntaha berhadapan dengan Allah. Rasulullah s.a.w menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.Setelah dinasihati oleh Nabi Musa a.s, baginda merayu kepada Allah s.w.t.supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja yang bersamaan pahala 50 waktu
Kaitan peristiwa Isra' dan Mikraj dangan suasana hari ini
1.Menjauhi amalan fitnah menfitnah
2.Menunaikan amanah
3.Rajin menunaikan solat
4.Sentiasa muhasabah diri
5.Selalu bersedekah dan berderma untuk kebaikan
6.Menyakini bahawa Rasulullah adalah orang yang pertama naik ke langit dan satu-satunya manusia yang yang telah berjumpa dan menghadap Allah secara berdepan.
Soalan Latihan:
Suaikan pernyataan dengan keterangan yang diberi
Isra' Tempat yang dikunjungi oleh Rasulullah saw
Buraq Kenderaan Rasulullah ketika Isra’dan Mikraj
Masjidil Aqsa Perjalanan Rasulullah menuju Sidratul Muntaha
Mikraj Perjalanan Rasulullah menuju ke Baitul Muqqadis
Susun peristiwa Isra' dan Mikraj mengikut urutan
menerima perintah solat bertolak dari Masjidil Haram
Malam Isnin 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan bertolak dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha
bersolat bersama para Nabi dan Rasul
1.______________________________________________
2.______________________________________________
3.______________________________________________
4.______________________________________________
Jawab soalan berikut
1.Nyatakan maksud Isra' dan Mikraj?
_____________________________________
2.Bilakah berlakunya Isra' dan Mikraj?
____________________________________
3.Terangkan peristiwa penerimaan perintah menunaikan solat?
Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari Jabir r ; bahawa Rasul.ullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-
Ertinya :
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).
Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.
KELEBIHAN MASJID QUBA'
Abdullah bin Omar r.a ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.
Usaid bin Zahir r pula meriwaya.atkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
Demikianlah kelebihan yangdi beri oleh Allah s.w.t keatas masjid-masjid diatas,mohon kepada Allah agar kita diberi peluang untuk mengunjungi masjid-masjid tersebut.Amin Ya Rabbal Alamin